Bukan Sekadar Berkhayal
Saturday, 15 June 2013 | 06:18 | 0 comment(s)
Manusia
Mudah leka,
leka akan duniawi.
Mudah lupa,
lupa pada jasa.
Manusia
Pendendam,
dendam pada masa lalu.
Penakut,
takut akan masa yang akan datang.
Dimanakah manusia ini sepatutnya?
Masih di dunia yang nyata,
atau,
di dalam khayalan mereka sendiri.
Dunia yang nyata?
Di mana?
Khayalan?
Apakah perlu sering berkhayal?
Pentingkah?
Tidak salah berkhayal!
Namun, hanya sesuatu yang sia-sia jika tiada usaha.
Usaha?
Dari mana?
Bagaimana ia bermula?
Siapa yang perlu berusaha?
Dari diri sendiri.
Lihat kelemahan diri.
Aku, aku yang patut berusaha.
Mengapa diri sendiri?
Mengapa lihat kelemahan diri?
Aku? Adakah penting untuk aku berusaha? Sedangkan khayalan itu lebih indah. Untuk apa perlu aku mengisi kekosongan akal, fikiran dan minda ini dengan sesuatu yang tidak pasti? Mengapa?
Kerana aku adalah aku. Aku ada impian.
Yang kita nampak hanya kelebihan. Tetapi orang lain? Hanya nampak sesuatu yang buruk untuk menjatuh kan kita. Tak tahu dimana silapnya. Tapi kita mesti cari untuk tahu dari mana harus mula.
Ya, usaha penting.
Penting kerana menentukan masa depan.
Aku tak tahu hanya menjadi seorang 'Minah Kilang' atau orang yang datang pada orang lalu bercakap "Kak masuk dulu kak, nengok barang' dan orang akan menjawab "Eh takpe-takpe" pada masa akan datang.
Sebab aku tahu aku mampu jadi yang lebih baik dari itu.
Dan,
impian aku juga lebih dari itu.
Biarlah,
biarlah apa mereka kata.
Biarlah,
biarlah mereka berbicara.
Biarkah lah meraka.
Biarkan.
Biarkan tidak bermakna kalah.
Biarkan tidak bermakna tidak ambil tahu.
Biarkan bukan tanda kekalahan.
Tetapi,
itu adalah lebih baik.
Teruskan kemajuan
Teruskan melangkah
Teruskan kehadapan
Teruskan kearah yang lebih baik
Teruskan berusaha
Teruskan mengejar impian dan bukan sekadar berkhayal.
