Hello there!


Jasa
Thursday, 13 December 2012 | 01:59 | 0 comment(s)
Aku terjaga dari lena, terasa seperti lena yang panjang. Lantas ku turun ke bawah untutk memastikan bahawa adik adik ku tidak menghuru harakan keadaan ruang tamu. Setelah itu, aku ke dapur bagi menyiapkan minum petang.

Terasa seperti abahku mahu pulang. Terdetik dihati untuk mengemas dapur dengan keadaan segera. Lalu ku terdengar teriakan adik manis ku "Abah balik!". Setelah itu, aku pun menyiapkan beberapa keping roti bakar dan ku bawa ke depan sebagai minum petang. Aku bukanlah keluarga yang berada untuk minum petang dihalaman rumah, hanya keluaga yang berkemampuan sahaja. Namun aku bersyukur kerana mempunyai keluarga yang baik akhlaknya. Alhamdulillah.

Aku membuka bicara dengan menyatakan apa yang telah makcik ku cerita kan kepada ku tempoh hari tentang sepupu ku. Niatku bukanlah ingin membuka aib orang, hanya sekadar berkongsi apa yang aku rasa betul. "Abah tempoh hari acik ada cakap pasal Amirul, dia kata Amirul tengking dia hanya sebab enggan menyidai tualanya yang basah", kemudian abah menanyaku, "Acik marah dia tak?" Aku pun memberi tahu bahawa acik hanya mendiamkan dirinya. Abah mendiamkan dirinya seketika, setelah itu abah bertanya kepadaku "Akak tahu tak berapa banyak jasa acik terhadap Amirul serta adik adiknya? Sungguh banyak. Tiada siapa yang sunggup untuk berbuat seperti acik lakukan." Kini, giliran aku untuk membisu, membisu seribu bahasa dan hatiku mula tersentuh pabila abah berbicara seperti itu.

Tiba tiba abah mula bercerita tentang masa lalu, masa yang telah aku tinggalkan lebih kurang 7 tahun yang lalu, meski ki aku baru berusia 16tahun, segala yang abah ceritakan masih segar diingatan ku. 




|